Senin, 24 September 2012

Keistimewaan Ayat Seribu Dinar

Keistimewaan Ayat Seribu Dinar

Doa Seribu dinar, Ayat Seribu Dinar, 1000 Dinar , Kehebatan Doa Seribu Dinar, Manfaat Seribu dinar.
ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya�Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta�ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta�ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya�Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta�ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Beginilah bacaan ayat seribu dinar:


"Waman Yattaqillaha Yaj�allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal �Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja�alahullahu Likulli Syaiin Qadra."

Yang bermaksud: �..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.� (Surah At Talaq Ayat 2-3)

Ayat seribu dinar merupakan ayat kedua dan ketiga dari surah at Talaq. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini. Telah dikhabarkan dalam banyak riwayat bahawa seorang saudagar telah selamat dari pukulan ombak di dalam perjalanan pulang dari berniaga, dengan izin Allah SWT.  Kapal saudagar ini, bagaimanapun hanyut dipukul ombak tetapi hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. Terdapat banyak lagi kisah yang mana apabila ayat ini diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh keyakinan akan membuahkan hasil yang tidak pernah terbayangkan.

Terdapat banyak fadilat apabila diamalkan, yang terutama ialah:
  1. Dibaca apabila dalam kesusahan dan mengharapkan bantuan serta kekuatan dari Allah SWT.
  2. Dibaca apabila telah atau ingin membuat satu keputusan dalam keadaan bertawakkal kepada Allah SWT terhadap apa jua timbal balik dari keputusan yang dibuat.
  3. Menghilangkan keresahan apabila dibaca dalam keadaan gusar dan resah.
  4. Dibaca apabila berada diatas kenderaan sebaiknya sehingga tiba di destinasi atau sebanyak  yang mampu.
  5. Dimurahkan rezeki apabila berada dalam keadaan kesusahan dan diberikan petunjuk serta jalan keluar dengan tidak disangka-sangka.
  6. Terlindung dari bala bencana di darat dan di laut.

Terdapat beberapa waktu yang baik untuk mengulang-ulang zikrullah ini:
  1. Setiap selesai solat sekurang-kurangnya 3 kali.
  2. Setiap pagi dan petang.
  3. Setiap sebelum dan selepas bangun tidur.
  4. Setiap kali keluar rumah.
  5. Setiap sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
Walaupun digalakkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk, mengulang-ulang ayat-ayat Quran di bibir tidak dituntut dalam keadaan berwuduk. Bagi mereka yang sedang dalam keadaan berhadas besar contohnya dalam keadaan haid dan sebagainya, mereka boleh terus berzikir. Jikalau was-was lakukan dalam hati sehingga didengari telinga sendiri.

Semoga kita menjadi Muslim dan Muslimah yang lebih baik dengan ingatan yang tidak putus kepada Allah SWT. Sesungguhnya ayat-ayat alQuran sangat ampuh jika diamalkan sehari-harian. Selain ayat seribu dinar, banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh diamalkan termasuk ayat pendek basmalah. Kunci kepada keberkatan amalan ini ialah melakukanya dengan ikhlas dan terus menerus sehingga ia menjadi teman sebati hati kita sebagaimana firman Allah SWT:

�Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.�  (Al Anfal Ayat 2)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar